Pengenalan Personaliti eTiQa.tk
Assalamualaikum,
Terlebih dahulu, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melawat ke eTiQa.tk. Kehadiran saudara/i amat saya tunggu dan hargai.
Nama saya Abdul Rashid Chik, saya mula melakukan kerja amal takaful ini sejak Jun 2011. Sebagai advisor baru, saya sentiasa 'strive for excellence'. Untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, saya sentiasa mempunyai fikiran terbuka kepada sebarang komen dan maklum balas.
Di eTiQa.tk, misi saya adalah untuk menjadi penasihat anda yang dipercayai. Proses analisis risiko saya, melalui syarikat takaful terkemuka, dapat memberi program yang sesuai dengan anda. Saya akan cuba melakukan ini dengan cara yang cepat dan profesional, rahsia anda adalah yang paling utama dan saya akan menjaga segalanya dengan penuh amanah.Saya bangga pada perkhidmatan baik yang saya akan sampaikan setiap hari. Saya juga berharap agar pelanggan dapat memberi feedback yang baik agar saya boleh terus maju. i ... Kerana itu eTiQa.tk akan terus menerus menujuk kearah lebih professional..senaraikan di sebelah kanan anda akan memahami ... Kerana itu eTiQa.tk akan terus menerus menujuk kearah lebih professional..
Abdul Rashid Chik
HP: 013 2552552 | rasyid@etiqa.tk
Objektif eTiQa.tk
- Menyediakan informasi terkini berkenaan dengan Takaful eTiQa dan industri takaful
- Menyediakan perkhidmatan takaful secara online
- Tempat untuk menarik minat advisor baru
Objektif saya didalam industri takaful
- Mendapat redha Allah: Oleh kerana khidmat takaful merupakan fardhu kifayah, saya mengharapkan agar segala usaha saya dianggap sebagai ibadah oleh Allah s.w.t. Saya juga yakin dengan melakukan takaful, seluruh pelanggan, prospek yang disentuh turut mendapat kebaikkan dan pahala.
- Menjada pendapatan: Takaful merupakan salah satu industri yang sentiasa mendapat tempat didalam masyarakat. Keseluruhan industri insurans dan takaful Malaysia ialah lebih kurang RM15Billion setahun dengan penambahan sebanyak 8.9%. Walaupun begitu, hanya 20% sahaja dari rakyat Malaysia yang dilindungi. Ini bermakna, sebanyak 20 juta rakyak Malaysia menanti advisor seperti saya memperkenalkan produk takaful kepada mereka.
- Menyediakan diri agar dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi masyarakat Muslim dengan memberi latihan dan bimbingan advisor baru agar menjadi berjaya dalam industri takaful.
Hidup saya setakat ini
- Lahir di Melaka pada 24-6-1971
- Sekolah Rendah di SRJK Keh Seng, Bukit Baru, Melaka
- Sekolah Menengah di SMK Munshi Abdulah, Batu Berendam, Melaka
- Pengajian Persediaan di AUSMAT, Shah Alam, Selangor
- Royal Melbourne Institute of Technology Univerysity (RMIT University), Melbourne
- Bekerja sebagai Electrical Engineer selama 5 tahun
- Meniaga didalam automation selama 10 tahun
- Meninggalkan bidang automation sejak 2011
- Masuki industri takaful sejak 2011
Agensi diatas saya
Saya bersama dengan Asianadi Sdn. Bhd. Asianadi Sdn. Bhd. telah berkhidmat untuk masyarakat sejak tahun 2003. Asianadi telah tumbuh menjadi salah satu agen insurans eTiQa yang paling dikenali dan terkenal di Malaysia. Asianadi mempunyai 6 pejabat cawangan dan melayani lebih dari 20.000 pelanggan.
Komitmen
Asianadi komited untuk menyediakan produk takaful yang berkualiti dan perkhidmatan pelanggan unggul bagi para pelanggannya. Kumpulan agen dan pekerja Asianadi yang berdedikasi mampu memberikan pelan takaful kompetitif di pasaran.
Mengapa anda perlu memilih SAYA
Jimat wang dengan harga terendah
Saya akan membantu anda menemukan transaksi terbaik dan menjimatkan sejumlah besar wang dengan perbandingan belanja. Saya akan meneliti dan membandingkan rancangan insurans yang paling kompetitif untuk anda.
Percuma, Sederhana, Tiada Kerumitan
Saya menjamin bahawa sayamenyediakan perkhidmatan rujukkan yang percuma.
Khidmat Pelanggan yang professional
Saya dididik oleh HQ yang profesional dan berpengalaman untuk siap membantu anda setiap langkah dari perbandingan pelan hingga ke tuntutan. Sebagai pelanggan saya, anda mempunyai ketenangan dan mengetahui bahawa segala masalah anda tidak akan pernah diabaikan. Saya menjamin bahawa soalan anda akan dijawab dengan cepat dan tepat pada bila-bila saja semasa proses pembelian anda dan sepanjang tempoh polisi anda.
Pelan takaful yang menyeluruh
eTiQa membawa coverage penuh produk takaful. Adakah anda ingin insurans kesihatan individu untuk diri sendiri, keluarga anda, atau insurans komersil untuk perniagaan anda, kami akan menyediakan anda dengan rencana takaful yang tepat. Adakah anda memerlukan takaful pemilik rumah, takaful kesihatan, takaful kereta, pampasan pekerja, atau takaful perniagaan komersil, kami mempunyai semua pelan anda akan inginkan.
Berpengalaman dengan tuntutan insurans
Saya tahu cara yang tepat untuk membantu pelanggan-pelanggan saya menyelesaikan tuntutan insurans kompleks dan isu-isu berkaitan yang lain. penasihat tuntutan insurans yang berpengalaman kami akan memastikan dokumen-dokumen anda dengan betul dipersiapkan dan diserahkan kepada eTiQa. Kes anda akan diikuti oleh saya yang berdedikasi dari mula hingga selesai.
Saya tahu menilai seorang pelanggan dan terus menambah kemudahan dan perkhidmatan tambahan untuk memberi lebih kepuasan kepada pelanggan kami. Tujuan utama saya adalah untuk terus menyediakan pelanggan-pelanggan saya dengan kualiti perkhidmatan dan produk.
No comments:
Post a Comment